suria

Khabar gembira! Restoran boleh buka sehingga 6 pagi sepanjang Ramadan, 6 negeri kekal status PKPB

file7eo3iwgvn2esg3oya3e

BERITA baik buat rakyat negara ini apabila kerajaan mengumumkan semua restoran, warung, gerai, kedai makan, atau perkhidmatan penghantaran dibenarkan beroperasi selepas waktu sahur, sehingga pukul 6 pagi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin petang.

"Sebelum ini operasi kedai makan dihadkan sehingga pukul 12 malam, atau mengikut syarat lesen yang dikeluarkan PBT.

“Jadi, ia menimbulkan kesukaran warga yang memerlukan makanan untuk bersahur, ” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, kebenaran ini terpakai sepanjang Ramadan sahaja.

Restoran dalam pasaraya pula tertakluk kepada waktu operasi pusat beli belah itu sendiri yang biasanya berakhir pukul 10 malam.

Bagi majlis berbuka yang diadakan di dalam dewan atau ballroom hotel, prosedur operasi standard (SOP) Am Majlis Sosial diguna pakai iaitu 50 peratus mengikut kapasiti di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) dan 100 peratus di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bagi buffet Ramadan di restoran, coffee house dan kedai makan, kehadiran pengunjung adalah 100 peratus atau mengikut saiz ruang kawasan premis.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengumumkan enam negeri dan Wilayah Persekutuan dikekalkan status PKPB iaitu Selangor, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2021.

Manakala bagi Negeri Sarawak dilanjutkan bermula 13 April sehingga 26 April 2021.

10 Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dikekalkan status PKPP iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan, Perak, Negeri Sembilan (Kecuali PKPB di Daerah Seremban) dan Kedah (Kecuali PKPB di Kuala Muda) yang mana ia dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April 2021.

Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri masih lagi belum dibenarkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain