suria

Malaysia catat 5,298 kes baharu Covid-19, pertambahan 14 kematian

Malaysia merekodkan 5,298 kes positif Covid-19 pada Ahad. Gambar hiasan

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 5,298 kes baharu, menjadikan keseluruhan 214,959 kes setakat Ahad.

Daripada 5,298 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat tiga kes jangkitan luar negara dan 5,295 kes penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5,728 kes positif Covid-19,13 lagi korban... 319 dirawat di ICU

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,460 kes diikuti Johor (1,020), Kuala Lumpur (783) dan Sabah (298).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 14 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 760 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan, pada petang Ahad.

Pada hari ini, 4,522 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 166,049 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 313 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain