suria

Tujuh lagi kematian... Selangor masih mendahului carta jangkitan tertinggi, Malaysia rekodkan 1,295 kes baharu

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,295 kes baharu, menjadikan keseluruhan 87,913 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 14,751 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Rabu melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 481 kes. diikuti Sabah (268 kes) dan Kuala Lumpur (232 kes).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 1,772 kes positif, KL catat jangkitan tertinggi... 3 korban di Sabah

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 1,295 kes baharu yang dilaporkan, terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 429 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 1,052 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 72,733 kes.

"Sehingga kini, terdapat 113 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain