suria

Covid-19: 1,772 kes positif, KL catat jangkitan tertinggi... 3 korban di Sabah

Malaysia rekodkan 1,772 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

SEBANYAK 1,772 kes positif Covid-19 direkodkan pada Selasa, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 86,618 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,515 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 1,760 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 696 kes, diikuti Selangor sebanyak 503 kes dan Sabah mencatatkan 260 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, Malaysia turut merekodkan pertambahan tiga kes kematian pada Selasa.

"Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 422 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Pada hari ini, 1,084 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 71,681 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 118 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut ringkasan kes kematian pada Selasa:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah, KL

Artikel Berikut

Artikel Lain