suria

Menteri Kesihatan dibenar kembali ke Parlimen selepas kuarantin berakhir

MenteriKesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Dewan Rakyat pada Isnin.

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba telah menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di rumah atau (HSO) dan dibenarkan kembali ke Dewan Rakyat.

Demikian kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

ARTIKEL BERKAITAN: Benarkan MP jalani HSO hadir ke Parlimen, keputusan selari SOP KKM - Speaker

Azhar pada Selasa berkata, keputusan juga seiring dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memendekkan tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 hari.

"Dengan mempertimbangkan tempoh HSO yang disingkatkan, saya dimaklumkan YG Tenggara (Dr Adham) sudah menyelesaikan HSO dan dapat kembali ke Dewan Rakyat hari ini," ujarnya.

Pada Khamis lalu, Dr Adham menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontrak rapat kepada pesakit Covid-19.

Dr Adham memberitahu, beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada seorang petugas media yang hadir di pejabat beliau pada 5 Disember lalu.

Dalam pada itu, Azhar turut memaklumkan bahawa tempoh kuarantin bagi dua lagi Ahli Parlimen juga akan berakhir.

Bagi Datuk Seri M. Saravanan (BN-Tapah), tempoh kuarantin berakhir pada Khamis manakala P. Prabakaran (PH-Batu) akan berakhir pada Rabu.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjelasan mengenai operasi prosedur standard (SOP) yang menyaksikan tiga Ahli Parlimen tampil dalam persalinan kelengkapan pelindung diri (PPE).

Dr Adham, Saravanan dan Prabakaran yang berpakaian PPE diletakkan di kedudukan tingkat paling tinggi, jauh daripada Ahli Parlimen yang lain. -The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain