suria

KKM kesan 2 lagi kluster melibatkan tempat kerja di Selangor, KL

KKM mengesan dua lagi kluster baharu jangkitan Covid-19 yang kesemuanya melibatkan tempat kerja di Selangor dan Kuala Lumpur.

PERKEMBANGAN semasa Covid-19 pada Isnin menyaksikan 1,371 kes baharu direkodkan.

Malah, Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 lagi korban Covid-19, Malaysia catat 1,371 kes baharu

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka turut mengesan dua lagi kluster baharu jangkitan Covid-19 yang kesemuanya melibatkan tempat kerja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama iaitu Kluster Solar Ria melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor dengan kes indeks telah dilaporkan positif pada 7 Disember hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

"Sehingga 14 Disember, sejumlah 2,339 individu telah disaring di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini yang melibatkan sembilan warganegara dan 16 bukan warganegara," katanya dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster kedua ialah Kluster Senu Setia melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur dengan kes indeks telah dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Disember juga hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

"Sehingga 14 Disember, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19. Kesemua kes dalam kluster ini merupakan bukan warganegara," katanya. - Sinar Harian.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain