suria

Rempuh dua kereta hingga seorang maut, pemandu wanita disahkan positif dadah

Imej tangkapan skrin kemalangan maut yang berlaku di KM4 Jalan Johor Baru-Kota Tinggi pada Sabtu.

POLIS telah menahan pemandu kereta berusia 23 tahun yang merempuh dua buah kereta lain di KM4 Jalan Johor Baru-Kota Tinggi di Johor yang menyebabkan seorang pemandu berusia 31 tahun meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek wanita itu ditahan selepas kemalangan berlaku kira-kira pukul 9 pagi Sabtu (10 Oktober).

"Dia didapati positif dadah dan telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian," katanya.

Tambahnya, suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam insiden pada Sabtu, seorang lelaki berusia 31 tahun maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Video kemalangan berkenaan yang memaparkan kereta yang dipandu susper hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik, turut tular di media sosial. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain