suria

Lelaki pakai gelang merah jambu di stesen minyak sudah dikenal pasti... polis tunggu status ujian saringan Covid-19 sebelum buat tangkapan

Video seorang lelaki yang dilihat memakai gelang tangan warna merah jambu tular di media sosial sejak Jumaat.

SEORANG lelaki yang memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang sebagaimana video yang viral di media sosial, sudah dikenal pasti pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli, video berdurasi satu minit empat saat itu ditonton oleh pegawai kanannya sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.24 malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Lagi geng gelang pink selamba makan di restoran

"Video itu memaparkan berlaku tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu disyaki masih dalam tempoh kuarantin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Shamsul Amar berkata pihaknya kini sedang menunggu status ujian saringan Covid-19 lelaki berumur 30-an itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang sebelum melakukan tangkapan.

Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan antara 36 kawasan di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula Jumaat sehingga 23 Oktober ini. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain