suria

“Kalau boleh, elok tangguhkan” - Ismail Sabri umum hanya benarkan 250 jemputan majlis kahwin, perlu lapor polis

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan supaya majlis perkhawinan di kawasan PKPBD ditangguhkan terlebih dahulu. Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan di kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersyarat (PKPDB) dibenarkan untuk diteruskan namun perlu mematuhi syarat yang ketat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi adalah bilangan tetamu dihadkan maksimum seramai 250 orang sahaja.

Selain itu, pihak yang menganjurkan majlis perlu melaporkan kepada polis untuk tujuan pengawasan dari segi pematuhan sepanjang majlis berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik buat bakal pengantin... majlis kahwin di kawasan PKPDB dibenarkan, tapi ada SOP tambahan

"Kita benarkan dengan syarat ketat termasuk pengawasan Rela. Kita bersetuju walaupun biasanya kita benarkan 500 hingga 600 tapi hari ni, kita tetapkan hanya 250 maksimum tetamu dan mesti dilaporkan kepada polis supaya pengawasan bukan saja oleh Rela tetapi polis dari segi pematuhan," ujar Ismail dalam sidang media pada petang Sabtu.

Bagaimanapun Ismail menasihatkan, keputusan terbaik adalah pihak yang berkenaan menangguhkan majlis terlebih dahulu.

"Saya nasihatkan walaupun mungkin ada yang dah merancang, kalau boleh... eloklah tangguhkan. Kalau tidak (boleh), laporkan kepada polis dan Rela," katanya.

Pada Jumaat, Ismail dilaporkan berkata, majlis di kawasan yang dikuatkuasakan PKPDB dibenarkan untuk diteruskan susulan permohonan daripada penduduk setempat di kawasan tersebut yang telah menetapkan tarikh majlis.

Jelasnya, penduduk setempat bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan digalakkan untuk mengurangkan tempoh penganjuran majlis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

majlis perkahwinan, tangguh, PKPBD, polis, Rela

Artikel Lain