suria

6 kes baharu Covid-19 pada Ahad, Kluster Benteng catat pertambahan 2 kes

Sebanyak enam kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,397 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 154 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada enam kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warga asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 6 kes baharu pada Sabtu

Tiga kes import tersebut adalah dari negara Indonesia (2 kes) dan Bangladesh (1 kes) yang kesemuanya direkodkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu tiga kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara yang melibatkan dua kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kematian.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Ahad, dua kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,115 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, terdapat enam kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, positif

Artikel Lain