suria

Covid-19: Malaysia catat 6 kes baharu pada Sabtu

Malaysia merekodkan enam kes positif Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan enam kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,391 kes setakat Sabtu

Daripada enam kes baharu yang telah dilaporkan, empat merupakan kes import, manakala selebihnya adalah penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 11 kes positif Covid-19, KKM dedah kewujudan 1 kluster baharu di Semenyih

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 128 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 128 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Sehingga hari ini, 21 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,113 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lima kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain