suria

Raikan semangat Merdeka! 16,000 rakyat Malaysia berpeluang memenangi kredit eWallet

148 orang berpeluang memenangi kredit RM630 Touch ‘n Go eWallet.

SABAN tahun, bulan Ogos sentiasa menjadi tumpuan utama rakyat negara ini kerana ia merupakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Jatuh pada tanggal 31 Ogos, hari Merdeka diraikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, agama, bangsa dan etnik sebagaimana keharmonian hidup yang telah dikecapi selama ini

Dalam meluahkan semangat patriotisme, hari Merdeka bukanlah sekadar mengibarkan bendera sahaja. Namun, kecintaan terhadap negara juga boleh dipamerkan dengan menyokong produk buatan Malaysia. Tetapi, adakah anda tahu jenama manakah adalah jenama tempatan kita?

Kumpulan Yee Lee misalnya, syarikat yang ditubuhkan pada 1968 ini telah mengharungi segala perkembangan dalam dunia perniagaan di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, produk Yee Lee merangkumi kategori seperti minyak masak, produk penjagaan rumah, produk penjagaan mulut, teh dan mi segera yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia dari dulu hingga sekarang.

Sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-63 tahun ini, Kumpulan Yee Lee memperkenalkan peraduan Menang! Menang! Menang! sekali lagi bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2020.

Bagi memberi balik kepada rakyat Malaysia dan meraikan hari bersejarah pada tahun ini, Yee Lee kali ini menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM250,000 kepada seramai 16,000 pemenang.

Yee Lee kali ini memberikan hadiah lumayan sebanyak RM250,000 kepada seramai 16,000 pemenang.

Malah, ia merupakan kesinambungan peraduan sama yang mendapat sambutan cukup menakjubkan pada tahun lepas di mana ia meraih sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimana cara penyertaanya? Senang sahaja. Ikuti langkah di bawah:-

1) Beli barang jenama Yee Lee yang terlibat sekurang-kurangnya RM6 dalam satu resit.

2) Imbas kod QR peraduan atau kunjungi laman web yeelee.my/menang63 untuk menyertai.

3) Pemenang akan menerima panggilan dari nombor rasmi Yee Lee iaitu 010-2307276

Anda pasti tertanya-tanya apakah hadiah yang ditawarkan.

Sangat menarik, setiap peserta giliran ke-6* dan seramai 15,852 orang akan memenangi kredit RM10 Touch ‘n Go eWallet.

Bagi setiap peserta giliran ke-630* pula, seramai 148 orang akan memenangi kredit RM630 Touch ‘n Go eWallet.

Berikut merupakan antara jenama yang terlibat:

Untuk maklumat lanjut berkaitan peraduan ini boleh layari laman web rasmi yeelee.my/menang63.

Untuk lebih memahami cara menyertai peraduan Menang! Menang! Menang! ini, jangan lupa menonton vlog dari penyampai Suria yang akan datang!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain