suria

Tahniah! Dr Noor Hisham diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Dr Noor Hisham diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H. Foto: The Star/Mohd Sahar Misni

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H.

Pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah, hero Malaysia!” - Dr Noor Hisham kini bergelar Tan Sri, tetap merendah diri sifatkannya penghormatan buat team frontliner KKM

Sementara itu, Syeikhul Azhar Al-Syarif, Sheikh Prof Dr Ahmad Tayyib pula diumumkan Tokoh Antarabangsa Maal Hijrah 1442H.

Menerusi penganugerahan berkenaan, Dr Noor Hisham dan Dr Ahmad Tayyib menerima pingat serta sijil penghargaan Kerajaan Malaysia.

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama hadir dalam majlis berkenaan.

Menurut Zr Zulkifli, pemilihan kedua-dua tokoh itu dibuat atas sumbangan besar mereka dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak di peringkat tempatan serta antarabangsa.

Dua hari lalu, Dr Noor Hisham dikurniakan pingat kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain