suria

Covid-19: 16 kes baharu direkodkan, 12 kes penularan tempatan

Sebanyak 16 kes baharu positif Covid-19 direkod pada Rabu. Foto: Bernama

SEBANYAK 16 kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negara ini pada Rabu, menjadikan keseluruhan 9,235 kes setakat hari ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 185 kes, di mana pesakit diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Daripada 16 kes baharu yang telah dilaporkan, empat merupakan kes import jangkitan luar negara dan baki 12 kes merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 lagi disahkan positif Covid-19, 8 kes di ICU

Daripada 12 kes penularan dalam negara itu, lapan kes daripada Kluster Tawar, tiga kes daripada Kluster Sala di Kedah dan satu kes saringan sign-on kapal di Johor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 125 kes," ujarnya menerusi kenyataan media.

Sehingga hari ini, 23 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,925 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, tujuh kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain