suria

7 lagi disahkan positif Covid-19, 8 kes di ICU

Malaysia catat tujuh kes Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tujuh kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,219 kes setakat Selasa.

Daripada tujuh kes baharu yang telah dilaporkan, empat merupakan kes import jangkitan luar negara dan selebihnya merupakan penularan dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 12 kes baharu direkodkan, 7 libatkan Kluster Tawar

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 125 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, 26 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,902 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain