suria

Covid-19: 12 kes baharu direkodkan, 7 libatkan Kluster Tawar

Sebanyak 12 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Isnin. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 12 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,212 kes setakat Isnin.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 211 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warga asing yang pulang dari Filipina dan Syria.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini 25 kes baharu Covid-19, Kluster Tawar cecah 39 kes

Sementara itu daripada 10 kes penularan di dalam negara yang kesemuanya melibatkan rakyat tempatan, tujuh kes adalah daripada Kluster Tawar, dua daripada Kluster Sala dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan media pada petang Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 17 kes yang telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,876 kes.

Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Kluster Tawar

Artikel Lain