suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah dibenar laksana aktiviti sukan, kokurikulum di luar bilik darjah bermula 1 September

Aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SATU berita baik buat pelajar sekolah di negara ini apabila mereka dibenarkan melakukan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah bermula 1 September depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin petang.

Tambah Ismail, hal itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah mereka meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai garis panduan aktiviti tersebut.

"Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal," katanya.

Ismail Sabri juga berkata antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga, penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik serta peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi.

Katanya aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM, yang sedia ada. - BERNAMA.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain