suria

Sifar penularan tempatan! Malaysia rekod 5 kes import pada Khamis, satu kluster baharu dikesan libatkan 4 anak kapal di Sarawak

Malaysia merekodkan sifar penularan tempatan, dan lima kes import pada Khamis. Foto: Bernama

SEBANYAK lima kes baharu positif Covid-19 direkodkan di negara ini pada Khamis, menjadikan keseluruhan 9,240 kes setakat hari ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 183 kes, di mana pesakit diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Kelima-lima kes baharu yang dilaporkan pada Khamis merupakan kes import jangkitan luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga rakyat asing.

Tiada kes penularan tempatan direkodkan pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 16 kes baharu direkodkan, 12 kes penularan tempatan

Daripada lima kes import tersebut, empat kes adalah dari Jepun yang direkodkan di Sarawak, dan satu kes dari Bangladesh yang direkodkan di Selangor.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah terpencil (isolated), yang telah dikenalpasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak.

"Setakat ini, sebanyak empat kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut. Kluster ini dikesan susulan saringan Covid-19 yang telah dijalankan ke atas lima orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala.

"Daripada jumlah tersebut, empat orang didapati positif Covid-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 125 kematian.

Sehingga hari ini, tujuh kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,932 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, tujuh kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, anak kapal, kes import

Artikel Lain