suria

Malaysia catat 4 kes positif Covid-19 libatkan jangkitan import, kematian kekal 122

Malaysia catat empat kes baharu pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan empat kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,729 kes setakat Selasa.

Daripada empat kes baharu yang telah dilaporkan, semua merupakan kes import jangkitan luar negara melibatkan tiga warganegara dan seorang bukan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurangkan risiko jangkitan Covid-19, kapasiti bas sekolah diteliti selepas 2 minggu sekolah dibuka - Ismail Sabri

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 122 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 122 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,524 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, enam kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain