Kes Adib: PDRM nafi keluar kenyataan bercanggah dengan mahkamah koroner

Muhammad Adib meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan memaklumkan tiada fakta yang terpesong, tidak benar dan menyimpang pada sidang media dibuatnya, Jumaat lepas (10 Julai).

"Segala fakta yang diberikan adalah hasil siasatan serta dapatan terkini dan ia bukan untuk menyanggah hasil daripada keputusan inkues.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Kes kematian Adib masih diteruskan, pelaku diburu

"Sehingga kini, kes Allahyarham Muhammad Adib tidak pernah ditutup, masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas keluarga Allahyarham Muhammad Adib melalui barisan peguamnya mendakwa PDRM jelas tidak menghormati serta bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner.

Abdul Hamid menegaskan sehingga kini, tiada saksi yang benar-benar dapat menyatakan telah melihat Allahyarham Muhammad Adib dipukul dan kesemua keterangan yang diperoleh adalah bersifat ‘hearsay’ serta berupa pendapat.

"Usaha masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku jenayah ini jika ada. Beberapa isu perlu disiasat dengan lebih lanjut ekoran daripada keputusan inkues.

"Sekiranya benar berlaku serangan sepertimana yang dinyatakan berdasarkan pendapat saksi dan pakar, pasti wujud kesan-kesan serangan dan pasukan siasatan masih memperhalusi perkara ini bagi mendapatkan suspek sebenar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan siasatan juga sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas saksi kerana didapati tidak konsisten dalam tiga peringkat rakaman percakapan sebelum ini.

"Begitu juga saksi-saksi lain yang telah memberikan keterangan dalam inkues kerana ada antara mereka yang mendedahkan maklumat atau keterangan baharu yang perlu disiasat terlebih dahulu.

"Isu ‘dying declaration’ perlu disiasat lanjut oleh pasukan siasatan kerana ia dikemukakan semasa inkues tanpa dicabar atau dinilai kredibiliti serta kesahihannya.

"PDRM boleh terus menjalankan sisatan melalui pelbagai sudut dan pendekatan bagi menyiasat segala kemungkinan dan seterusnya menyelesaikan kes in.

"Tangkapan akan dibuat sekiranya terdapat bukti dan keterangan baharu sepertimana yang telah dilakukan sebelum kerajaan memutuskan untuk inkues dijalankan," jelasnya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Muhammad Adib, bomba, maut, kuil, rusuhan, PDRM

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain