“Dua tahun saya duduk di situ, gelap” - Azeez Rahim perjelaskan ungkapan cetus kekecohan pada hari pertama sidang Dewan Rakyat

Azhar Azizan Harun mengarahkan Azeez supaya meminta maaf kepada Kasthuriraani Patto.

SEHARI selepas insiden ungkapan gelap dan pakailah bedak yang dilontarkan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), beliau diminta memohon maaf dan menarik balik ungkapan itu.

Yang DiPertua Dewan Rakyat memulakan sesi persidangan pada hari kedua dengan meminta wakil rakyat itu berbuat demikian.

"Saya telah meneliti 'Handsard' kejadian tersebut dan mengambil keputusan perkataan dikeluarkan 'offensive' dan ingin mengarahkan YB Baling memohon maaf serta menarik balik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh non stop hari pertama sidang Dewan Rakyat... kenyataan gelap, pakai bedak MP Baling bikin suasana tambah ‘panas’

"Saya harap Baling dan semua ahli dewan tidak menggunakan kata kesat lagi, berbaur perkauman dan rasis," kata Datuk Azhar Azizan Harun.

Abdul Azeez akur dengan keputusan itu, bagaimanapun jelasnya beliau tiada sebarang niat untuk memanggil sesiapa gelap kerana beliau sendiri berwarna kulit begitu.

"Dua tahun saya duduk di situ (tempat di mana YB Batu Kawan duduk sekarang), tempat yang sama, di situ gelap dan selalu tidak mendapat perhatian.

"Maksud saya kawasan itu gelap. Saya tidak sama sekali memanggil sesiapa gelap, diri saya sendiri Allah takdirkan gelap. Bagaimanapun, saya menarik balik dan memohon maaf," katanya.

Persidangan pada Isnin kecoh apabila Abdul Azeez dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis dan seksis dengan menyebut perkataan gelap kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan menyuruh wanita itu memakai bedak.

Bagaimanapun Kasthuri tetap meminta Azhar supaya lebih tegas kerana ia kesalahan berulang yang kerap berlaku.

Sehubungan itu, Azhar memberi jaminan beliau akan memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azeez Rahim, gelap, Dewan Rakyat, kecoh

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain