suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima lagi kes positif direkodkan, 2 libatkan jangkitan tempatan

covid119

MALAYSIA merekodkan lima kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,668 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada lima kes tersebut, tiga merupakan kes import membabitkan jangkitan luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.

Dimaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya.

Sehingga hari ini, 11 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,476 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

positif, Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain