suria

Malaysia catat 10 kes baharu Covid-19, tiada kes import dilaporkan

Malaysia merekodkan 10 kes baharu positif Covid-19 pada Rabu. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 10 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,515 kes setakat Rabu.

Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan pada Rabu dan daripada 10 kes penularan dalam negara, tiga kes melibatkan individu bukan warganegara manakala tujuh kes melibatkan rakyat tempatan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 521 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 11 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkodkan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada pertambahan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 121 kes," katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Rabu.

Setakat Rabu, 140 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,873 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, empat kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain