suria

Malaysia catat 11 kes baharu Covid-19, tiada kematian direkodkan

Malaysia catat 11 kes Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN Covid-19 merekodkan 11 kes baharu pada Selasa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,505 kes.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan pada Selasa petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin langgar kuarantin, semua tugasan rasmi dijalankan dari rumah

"Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, satu kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam kes adalah bukan warganegara manakala empat kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia," ujarya.

Tambah Dr Noor Hisham, tiada kes kematian direkodkan pada Selasa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes sahaja.

Turut dimaklumkan terdapat 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes.

Sehingga kini, sebanyak empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain