suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bilangan tempat duduk di kedai makan boleh ikut saiz meja, yang pasti jaga jarak sosial - Ismail Sabri

Peniaga kedai makan melekatkan pita pelekat berbentuk 'X' bagi memastikan para pelanggan mengekalkan jarak sosial. Gambar hiasan/Foto Bernama

PANGGUNG wayang atau pawagam masih belum dibenarkan beroperasi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, Menteri Kanan (Keselamatan) itu memberitahu, masih belum ada prosedur operasi standard (SOP) mengenai pawagam yang disediakan buat masa ini.

"Belum lagi setakat ini. Sampai masanya kita akan buka. SOP pun belum ada lagi," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pawagam dibenarkan beroperasi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kapasiti tempat duduk pelanggan semeja di kedai makanan boleh ditambah sekiranya saiz meja yang digunakan lebih besar.

"Selagi ada penjarakkan sosial, boleh. Kalau meja panjang, boleh muat sampai 10 pelanggan tetapi mesti ada penjarakkan sosial.

"Isunya adalah penjarakkan sosial. Kalau meja untuk 10 orang, takkan nak duduk dua orang sebagai contoh. Kalau boleh muat untuk lapan, maka lapan lah.

"Jadi, kita tak ada halangan dari segi itu, kita bolehkan," tambahnya.

Terdahulu, SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah empat orang dibenarkan duduk semeja di kedai makan.

Namun, Malaysia kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu dengan lebih banyak kelonggaran diberikan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain