Tular di media sosial dakwaan pelajar tahfiz positif Covid-19 bebas ke sana sini... pencerahan Dr Noor Hisham, JKN pasti melegakan!

Terdapat dakwaan yang tular di media sosial mengenai kes Covid-19 membabitkan seorang pelajar tahfiz. Gambar hiasan/Foto Bernama

KECOH apabila seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan didakwa positif Covid-19 dikatakan telah pulang ke kampung di Kampung Huma di Alor Setar, Kedah.

Menurut posting di halaman Facebook pada Ahad yang kini tular, pelajar tahfiz tersebut didakwa membuat ujian saringan Covid-19 sebelum pulang ke kampung dan hasil laporan didapati positif.

Menurut posting yang sama, dia turut mendakwa pelajar tahfiz itu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kampung Huma, dan susulan kejadian itu, dakwanya masjid tersebut diarah tutup selama seminggu.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam selepas posting tersebut dimuat naik, pengguna Facebook itu membuat pembetulan dengan memaklumkan bahawa laporan saringan yang dibuat adalah negatif.

"Laporan saringan dibuat negatif. Pembetulan dari group sebelah pesakit dari Negeri Sembilan negatif," katanya.



Posting yang dimuat oleh seorang pengguna Facebook dengan pembetulan sebelum memadamkannya sejurus selepas sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan berhubung dakwaan tersebut.

Pengguna Facebook yang merupakan seorang wanita itu kemudian memadamkan posting berkenaan sejurus selepas sidang media mengenai Covid-19, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang Ahad.

Menjawab soalan wartawan berhubung dakwaan tersebut, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa dakwaan menerusi posting tersebut adalah tidak benar.

"Apa yang dimuat naik di Facebook tu adalah tidak benar. Jadi, kita tak ada pun laporan kes tersebut.

"Tetapi apa yang pasti, kita masih jalankan saringan yang berterusan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) memaklumkan bahawa status terkini kumulatif kes positif Covid-19 di negeri itu adalah 96 kes dan tiada pertambahan kes baharu sejak 20 Mei lalu.

"Namun begitu, pada petang 13 Jun 2020 terdapat satu kes positif Covid-19 yang telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menerima rawatan lanjut dan beliau berada dalam keadaan stabil.

"Kes ini adalah seorang pelajar tahfiz dari Negeri Sembilan yang telah pulang bersama ahli keluarga yang lain untuk melawat neneknya di Alor Janggus, Alor Setar dan tiba pada awal pagi 13 Jun 2020. Punca jangkitan masih dalam siasatan jabatan ini," menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dalam satu kenyataan, petang Ahad.



Kenyataan media oleh JKN Kedah, petang Ahad.

Susulan itu, Dr Mohd Fiktri berkata, JKN Kedah mendapati terdapat penularan berita menerusi media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai seorang kanak-kanak di Kampung Huma, Padang Hang dijangkiti daripada saudara yang pulang ke kampung dari Negeri Sembilan.

"Untuk makluman, berita yang tular ini adalah tidak benar. Pada ketika ini, senarai kontak rapat keluarga dan saudara mara telah dikenal pasti oleh pihak pejabat kesihatan daerah yang terlibat dan ia sedang diambil tindakan.

"Mereka telah diberikan arahan untuk menjalani arahan kuarantin di rumah sehingga keputusan ujian swab Covid-19 diperolehi," tambah beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita yang tiada kesahihan kerana dibimbangi akan mencetuskan kegusaran dan panik dalam masyarakat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain