2 hari tak pulang ke rumah, lelaki ditemui mati terlentang dalam parit

Mayat mangsa ditemui pada Isnin petang.

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam parit di kawasan Waterfall Jalan Kebun Bunga, Georgetown, Pulau Pinang dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian, pada Ahad.

Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal Wan Chik Ariffin Mohd Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan telah menemui mayat lelaki yang masih berpakaian dalam kawasan parit pada 6.10 petang.

"Pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki itu bekerja sebagai pembantu kedai dan dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat.

Beliau berkata, menurut keluarga mangsa, dalam beberapa hari kebelakangan ini lelaki itu berperwatakan agak pelik seperti orang dirasuk dan sering bercakap seorang diri seakan meracau malah mangsa juga dimaklumkan sering mendapat sawan dan tarik dalam tempoh seminggu lepas.

"Kali terakhir keluarga berjumpa dengan lelaki itu pada hari Jumaat, semasa membawa dia untuk berubat tradisional dan selepas menerima rawatan nampak keadaannya kembali pulih sedikit sebelum keluar seorang diri pada 10.30 malam," katanya.

Soffian berkata, berikutan mangsa tidak pulang ke rumah, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya sebelum mayat lelaki itu ditemui orang awam dalam parit.

Polis yang membuat pemeriksaan pada tubuh badan mangsa, mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau elemen jenayah malah siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai sebarang objek di tempat kejadian.

"Polis siasat kes itu sebagai kematian mengejut setakat ini dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa akan dijalankan pada Isnin," katanya.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain