suria

OKT Depoh Tahanan Bukit Jalil korban ke-121 Covid-19, hanya 8 kes baharu direkodkan

Pesakit Covid-19 dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Foto Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,453 kes setakat Ahad.

Daripada lapan kes baharu yang telah dilaporkan, dua kes merupakan kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan daripada enam kes penularan dalam negara, empat kes melibatkan individu bukan warganegara manakala dua kes rakyat tempatan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 986 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kematian.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 121 kes iaitu di orang kena tahan (OKT) di Depoh Tahanan Bukit Jalil," katanya pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), petang Ahad.

Setakat Ahad, 35 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 7,346 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, empat kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut adalah butiran satu kes kematian pada Ahad:

Kes kematian ke-121 (kes ke-7,468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Beliau berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian Covid-19 didapati positif dan keputusan penuh bedah siasat masih dalam proses.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain