Semua 26 Pati positif Covid-19 dipindahkan ke Maeps selepas lelaki Bangladesh bergari lari dari wad Hospital Sungai Buloh pagi Sabtu

26 Pati itu akan dipindahkan ke Maeps, Serdang.

SERAMAI 26 pendatang asing tanpa izin (Pati) positif Covid-19 yang ditempatkan di Hopsital Sungai Buloh akan dipindahkan ke pusat rawatan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.

Ia berikutan seorang warga Bangladesh yang lolos dari hospital berkenaan pada pagi Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham, warga asing tanpa dokumen itu bagaimanapun sudah ditangkap atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Imigresen.

"Ada 26 Pati positif di Hospital Sungai Buloh. Apabila dimasukkan ke hospital mereka akan diiringi pegawai Imigresen dan digari.

"Bagaimanapun, lelaki Bangladesh berusia 26 tahun ini berjaya melarikan diri dan ia disedari pagi ini oleh jururawat.

"Kita dah ambil tindakan dan berjaya menjejakinya. Dia sudah kembali ke wad. Sekarang kita sedang siasat bagaimana dia boleh lari sedangkan dia digari," ujarnya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, pihaknya membuat keputusan untuk memindahkan mereka ke Maeps berikutan kawalan keselamatan yang lebih ketat di sana memandangkan ia sudah dijadikan pusat kuarantin dan rawatan warga asing.

"Harapanya dengan berbuat demikian kita dapat meningkatkan tahap keselamatan di Maeps dan memastikan rawatan yang bagus kepada mereka.

"Ini merupakan kebimbangan kita apabila menggunakan hospital dan fasiliti lain untuk menempatkan Pati," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain