Larangan ditarik balik! Suami isteri hujung minggu, urusan kerja dibenarkan rentas negeri mulai Isnin ini

Polis membuat pemeriksaan setiap kenderaan yang melalui Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan untuk memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) dan larangan rentas negeri berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri. - fotoBERNAMA

PASANGAN suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan semula rentas negeri bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran kepada pasangan hujung minggu ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun ini selepas ia diputuskan dalam mesyuarat khas menteri pada Sabtu.

"Kalau dulu kita benarkan dan kita hentikan sebelum Aidilfitri, tapi mesyuarat hari ini bersetuju larangan tersebut ditarik balik.

"Maka pasangan terpisah boleh travel berjalan merentas negeri untuk bertemu pasangan dan keluarga masing-masing," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Sabtu petang.

Dalam pada itu, kelonggaran sama turut diberikan bagi kes membabitkan hal kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja.

"Sebagai contoh duduk di Seremban tetapi bekerja di Putrajaya. Jadi kita benarkan kerana berulang alik dari rumah ke tempat kerja," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan merentas negeri atas sebab-sebab lain masih tidak dibenarkan.

"Rentas negeri masih tidak dibenarkan. Jadi sebab-sebab lain tidak akan diluluskan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memulakan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin (Pati) yang berada di tiga depot tahanan di negara ini pada 6 Jun depan.

"Fasa pertama akan bermula 6 Jun dan melibatkan 2,189 warganegara Indonesia yang berada di depot Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 672 Pati di depot tahanan Imigresen di Sabah.

"Kesemua Pati Indonesia yang dihantar pulang akan menjalani ujian RTK Antigen yang mana pihak kedutaan republik negara itu dijemput turut berada semasa ujian dijalankan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain