suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 kes baharu Covid-19 termasuk 17 warga asing direkodkan, kekal 115 kematian

Malaysia merekodkan 30 kes baharu Covid-19 pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 30 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,762 kes setakat Sabtu.

Daripada 30 kes baharu yang telah dilaporkan, 17 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan terdapat tiga kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih terlalu awal buat keputusan tamatkan PKPB - Dr Noor Hisham

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 115 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 115 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Pada hari ini, 95 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,330 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain