suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga petrol, diesel naik bermula tengah malam ini

Harga petrol dan diesel naik bermula tengah malam ini.

HARGA runcit produk petroleum menunjukkan peningkatan bermula tengah malam ini.

Harga runcit RON95 naik sebanyak 5 sen iaitu daripada RM1.38 seliter kepada RM1.43 seliter.

Bagi RON97, naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.68 kepada RM1.73 seliter.

Harga bagi diesel pula naik 10 sen kepada RM1.61 seliter berbanding RM1.51.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan tersebut dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, ” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RON95, RON97, diesel

Artikel Lain