Bersatu dedah 4 aduan salah laku terhadap Tun M

Dr Mahathir semasa sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya, petang Jumaat. Foto SAM THAM/The Star

SETIAUSAHA Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa kelima-lima Ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipecat daripada parti, tetapi keahlian mereka telah terhenti kerana melanggar perlembagaan parti.

Beliau berkata, ini adalah berlandaskan perlembagaan parti kerana kepentingan parti adalah lebih utama daripada mana-mana individu.

Mewakili parti, Hamzah menyuarakan kesedihannya apabila Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) mengambil keputusan tidak bersama dengan blok kerajaan semasa sidang parlimen pada 18 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari selepas keahlian digugur, Tun M masuk pejabat pengerusi Bersatu... pecat setiausaha kerja parti!

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M, Mukhriz, Syed Saddiq antara 5 digugur keahlian dari Bersatu

"Tiada sesiapa mengatasi undang-undang apabila parti mempunyai perlembagaannya sendiri.

"Mengikut perlembagaan parti, keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila berlaku mana-mana yang berikut, iaitu 10.2.2: Mengisytiharkan keluar daripada parti dan 10.2.3: Menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Hamzah berkata, banyak aduan yang telah diterima mengenai salah laku mereka, dan antaranya membabitkan Dr Mahathir.

Berikut adalah aduan mengenai Dr Mahathir:

1. Mengumumkan untuk masih bersama-sama dengan Pakatan Harapan sebaik sahaja Kerajaan Perikatan Nasional dibentuk di bawah kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Pada 4 Mei telah membuat kenyataan bersama dengan ketua-ketua parti Pakatan Harapan mendesak supaya Sidang Parlimen dilanjutkan.

3. Mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik dengan sahnya oleh Yang di-Pertuan Agong.

4. Pada 18 Mei juga mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bersama beberapa pemimpin Pakatan Harapan dengan membuat pengumuman untuk terus berusaha menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.



Hamzah Zainuddin pada sidang media. Foto SAM THAM/The Star

Hamzah bagaimanapun memberitahu bahawa pengerusi lembaga disiplin parti, Tan Sri Megat Najimuddin memaklumkan bahawa perkara tersebut tidak lagi relevan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin apabila kedudukan keahlian mereka terhenti mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3.

Pada Khamis, dilaporkan Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Maszlee dan Amiruddin digugurkan keahlian daripada Bersatu.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat makluman mengenai perkara berkenaan yang bertarikh hari ini, ditandatangani oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Pada Jumaat, Dr Mahathir bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau masih memegang jawatan pengerusi parti dan tindakan setiausaha kerja adalah salah.

Menerusi sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Dr Mahathir bertindak memecat Muhammad Suhaimi sebagai setiausaha kerja dan digantikan dengan Datuk Sazmi Miah berkuat kuasa pada Jumaat.

Dilaporkan, Dr Mahathir dan empat lagi Ahli Parlimen menolak keputusan Bersatu untuk menggugurkan keahlian mereka kerana mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang.

Ahli Parlimen terbabit tidak bersetuju sama sekali keahlian masing-masing dalam Bersatu terhenti serta-merta, serta mendakwa ia menafikan hak mereka untuk membela diri dan memberi penjelasan yang dijamin bawah prinsip kedaulatan undang-undang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain