suria

103 kes positif dikesan, 24 daripadanya warga Bangladesh kluster baharu syarikat pembersihan

Anggota Imigresen disanitasi selepas bertugas di Depot Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu lalu. - fotoBERNAMA

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 103 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,732 kes setakat Jumaat.

Daripada kes baharu yang telah dilaporkan, 84 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lonjakan kes baharu adalah disebabkan kes bukan di kalangan warganegara dengan satu kluster baharu dikesan.

"24 kes positif dikesan daripada sebuah syarikat pembersihan melibatkan warganegara Bangladesh.

"Kes ini dikesan sebuah klinik swasta selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan atas inisiatif pihak majikan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 115 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 15 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 66 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 6,235 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain