Kembalikan kelonggaran rentas negeri suami, isteri hujung minggu, ini jawab menteri - “Tarikh itu... tunggulah”

Pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya untuk menyekat perjalanan rentas negeri sepanjang tempoh PKPB. Foto Bernama

KERAJAAN akan meneliti sama ada kelonggaran akan diberikan semula kepada suami atau isteri yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi bertemu dengan keluarga masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan diputuskan sebelum berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 Jun depan.

"9 Jun belum sampai lagi. InsyaAllah, kita akan bincang sebelum akhir PKPB ini. PKPB tamat 9 Jun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami, isteri hujung minggu boleh jumpa keluarga, syaratnya perlu maklum polis - Ismail Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: Lupakan percubaan rentas negeri balik beraya... kompaun menunggu! Rentas daerah walau jarak jauh dibenarkan - Ismail Sabri

"Berkaitan rentas negeri untuk weekend husband atau wife ni... bila kita buka dulu (kelonggaran), tak ramai (suami atau isteri) pula yang memohon. Mungkin dia tunggu balik raya, nak mohon sebelum raya.

"Tiba-tiba kerajaan kata tidak dibenarkan rentas negeri sebelum raya hari tu. Ini menyebabkan mereka tidak boleh balik. Kita faham, saya pun terima permohonan hampir setiap hari daripada suami atau isteri yang terpisah ini," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perjalanan rentas negeri diberi kelonggaran kepada suami atau isteri yang tinggal berjauhan selepas tamat tempoh PKPB pada 9 Jun ini, susulan trend kes Covid-19 dalam masyarakat di negara ini mencatatkan penurunan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, perkara tersebut akan diteliti dan akan membuat pengumuman apabila terdapat keputusan untuk kelonggaran tersebut.

"InsyaAllah, kita akan tengok perkara ini sebelum boleh membenarkannya, saya akan umumkan untuk membenarkannya.

"Tapi tarikh tu, tunggulah sementara waktu ini," tambah beliau.

Terdahulu, kerajaan membenarkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan diberi kelonggaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri untuk berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk seminggu sekali sahaja dengan mendapat kebenaran daripada polis.

Bagaimanapun, menerusi sidang media pada 21 Mei lalu, hanya beberapa hari sebelum 1 Syawal, Ismail Sabri berkata, perjalanan merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rentas negeri, PKPB, suami, isteri,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain