Padah ceroboh istana, bapa dua anak dijatuhi hukuman penjara 5 bulan

Tertuduh didakwa berada dalam kawasan istana pada 9.22 pagi 22 Mei lepas tanpa memiliki pas, kad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa. (Gambar Hiasan)

SEORANG bekas pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di Johor Bahru pada Rabu selepas mengaku menceroboh kawasan Istana Pasir Pelangi pada 22 Mei lepas.

Majistret Lee Jun Keong memerintahkan Juel Huran, 35, menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Dalam penghakimannya, Lee berkata mahkamah memandang serius kesalahan itu kerana ia boleh mengancam keluarga diraja.

Mengikut kertas pertuduhan, Juel didakwa berada dalam kawasan istana pada 9.22 pagi 22 Mei lepas tanpa memiliki pas, kad atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang diberikan kuasa di bawah Perintah Kawasan Larangan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298) dan dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman ringan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, berkata dia telah mengganggur sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa menyara isteri yang tidak bekerja serta dua anak berusia enam dan 10 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Benedict Choong Kai-Qi.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain