suria

Kementerian Pengangkutan, JPJ akan teliti pindaan akta berkaitan pemandu mabuk

Pindaan akta itu khususnya adalah berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah, memandu secara berbahaya.

SATU sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diadakan pada 1 Jun ini bagi meneliti dan menyemak semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam catatan Facebook rasmi beliau memaklumkan pindaan akta itu khususnya adalah berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah dalam perjalanan mencari rezeki untuk keluarga” - Suami dilanggar pemandu mabuk, isteri mahu suspek terima hukuman sewajarnya

"Pindaan akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan sebelum ia dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri," katanya menerusi catatan tersebut.

Dr Wee juga menyatakan rasa sedihnya dengan berita mengenai kemalangan khususnya yang melibatkan pemandu mabuk.

Sebagaimana kenyataannya pada 4 Mei lepas, beliau komited dan akan bertindak demi mendapatkan pembelaan kepada mangsa korban kemalangan maut serta menegakkan keadilan untuk keluarga mangsa. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain