suria

Kekal 3 angka, 187 kes baharu dilaporkan hari ini... Pati catat jangkitan tertinggi

Kelihatan anggota tentera melakukan kerja pemasangan kawad besi berduri di sekitar kawasan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 di MAEPS, Serdang ketika tinjauan pada Isnin. -fotoBERNAMA

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Selasa menyaksikan pertambahan 187 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu sebanyak 7,604 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,448 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, empat melibatkan kes rakyat tempatan, manakala baki jangkitan 173 bukan warganegara dengan majoriti pendatang tanpa izin (Pati) di depoh tahanan serta 10 kes import.

"Daripada kes baharu yang dilaporkan, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya pada sidang media, Selasa petang.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan pada Selasa.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak kes 115 kes," tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Selasa, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 62 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Selasa.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 6,041 kes," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain