suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wartawan veteran Datuk Ahmad A. Talib meninggal dunia akibat kanser

Berita kematian itu disahkan oleh anak Allahyarham menerusi Facebook pada Selasa petang.

WARTAWAN veteran, Datuk Ahmad A. Talib meninggal dunia pada pukul 5.42 petang, Selasa akibat penyakit kanser.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 68 tahun baru sahaja didiagnos dengan penyakit itu sebelum Ramadan tahun ini.

Berita kematian itu disahkan oleh anaknya, Sophia Ahmad yang juga wartawan Berita Harian sejurus Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

"Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Dukacita dimaklumkan bahawa insan kesayangan kami, Datuk Ahmad A. Talib telah pulang menemui Penciptanya pada jam 5.42pm di PPUM pada 26 Mei 2020.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan selanjutnya. Solat jenazah akan diadakan di lokasi sama

"InsyaAllah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini juga," tulis anaknya di Facebook.

Untuk rekod, Ahmad Talib pernah berkhidmat di New Straits Times Press (NSTP) dan dilantik sebagai pengarah eksekutif, Meja Berita dalam Lembaga Pengarah NSTP pada 1 Julai 2009 dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Penolong Pengarang Berita Harian (1987); Pengarang Berita New Straits Times; Ketua Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996). Seterusnya dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, New Straits Times (1998) ; Pengurus Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004) sebelum bersara daripada kumpulan NSTP pada 2005.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Datuk Ahmad A. Talib, NSTP, kanser

Artikel Lain