Diminta beri jawapan jujur hal VIP beraya langgar SOP, Ismail serah polis siasat - “Kluster kayangan atau bumi sama sahaja”

SOP sambutan perayaan tertakluk kepada semua individu tanpa mengira pangkat, kata Ismail.

PROSEDUR operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang perayaan Aidilfitri tertakluk ke atas semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat atau darjat.

Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hariannya pada Rabu.

Ismail mengulas hal itu susulan timbulnya dakwaan segelintir golongan kenamaan atau VIP yang dilihat ingkar SOP ketika meraikan hari mulia itu.

"SOP sama, tidak ada perbezaan antara kluster kayangan dan kluster bumi. Sama sahaja.

"Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Kalau pihak polis mengetahui mengenainya kita serahkan pada polis untuk jalankan tugas mereka," ujarnya.

Dalam sesi soal jawab itu, Ismail sempat berseloroh apabila diminta oleh wartawan agar memberi jawapan melibatkan kes golongan VIP.

"Sejujur-jujurnya, memang setiap hari saya jujur bila menjawab," ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Ismail turut mengulas isu serbuan di kolam pancing yang mana sebilangan pengunjung telah dikenakan kompuan oleh pihak polis.

"Saya dah sebut beberapa kali, memancing dianggap seperti riadah, tetapi riadah yang menyebabkan perhimpunan beramai-ramai tidak boleh.

"Saya dah sebut, kolam kita tak benarkan. Kolam biasanya tak macam tasik yang boleh ada jarak. Tepi sungai, sawah mugkin boleh.

"Tapi kolam tak besar, biasanya di kolam ni ramai di sekeliling. Apa sahaja aktiviti yang menyebabkan berlaku perkumpulan, diletak di bawah senarai terlarang (negatif list)," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Ismail juga menggesa mana-mana syarikat agar menjalankan temuduga secara maya menerusi panggilan video dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Malah tegasnya, kerajaan langsung tidak akan membenarkan perjalanan rentas negeri dilakukan atas alasan temu duga kerja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain