suria

Lega! Kes kembali turun 2 angka, 15 kes positif baharu direkodkan pada Rabu

Petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) dan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di kawasan tapak pembinaan bagi membawa keluar warga asing untuk dibawa ke pusat kuarantin ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Rabu menyaksikan pertambahan 15 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu sebanyak 7,616 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,421 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, lima melibatkan kes rakyat tempatan, manakala baki empat jangkitan membabitkan bukan warganegara Malaysia.

"Daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, ” katanya pada sidang media, Rabu petang.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan pada Rabu.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 115 kes," tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Rabu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 42 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Rabu.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 6,083 kes," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Dr Noor Hisham

Artikel Lain