suria

Muhyiddin perlu jalani kuarantin 14 hari selepas ahli mesyuarat pasca-Kabinet positif Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani ujian saringan Covid-19 pada Jumaat pagi selepas salah seorang pegawai yang hadir mesyuarat pasca-Kabinet disahkan positif virus itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin disahkan negatif namun akan menjalani kuarantin di kediamannya bermula petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat perlu pikul tanggungjawab, sudah tiba masanya ‘frontliner’ berehat - PM

"Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020.

"Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif Covid-19. perdana menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

"Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), perdana menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini," ujar kenyataan itu.

Selain Muhyiddin, semua ahli mesyuarat turut diarahkan menjalani saringan dan melakukan kuarantin di rumah masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain