suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga petrol, diesel naik bermula tengah malam ini

Harga runcit petrol dan diesel meningkat bermula tengan malam ini.

HARGA runcit produk petroleum menunjukkan peningkatan bagi minggu bermula 23 Mei 2020 sehingga 29 Mei 2020.

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.61 seliter kepada RM1.68 seliter.

Bagi RON95, naik sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.31 seliter kepada RM1.38 seliter.

Harga petrol pula turut naik 6 sen seliter, daripada RM1.45 seliter kepada RM1.51 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, kenaikan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga minyak yang diproses (refined product), selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

harga minyak, RON95, RON97, diesel

Artikel Lain