suria

Malaysia catat 78 kes baharu, satu lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan

KKM memperincikan kes terbaharu Covid-19 di negara ini.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 78 kes baharu, menjadikan keseluruhan 7,137 kes setakat Jumaat.

Daripada 78 kes baharu yang telah dilaporkan, 25 adalah adalah kes import 40 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BRKAITAN: Malaysia catat 50 kes baharu positif Covid-19,35 kes dikesan di depoh tahanan Bukit Jalil

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 115 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 115 iaitu bersamaan 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, 63 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,859 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian yang dilaporkan:

-Kes kematian ke-115 merupakan lelaki Malaysia berumur 65 tahun, mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

-Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak 3 April dan meninggal dunia pada 21 April 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain