Dakwa guna kabel pihak atasan, wanita bangga kongsi perjalanan rentas negeri di media sosial berdepan risiko diburu polis

Ismail serah pada PDRM untuk menyiasat perkara itu.

BAGAIKAN menjerat diri sendiri.

Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai tindakan seorang wanita yang selamba berkongsi kisah dia berjaya melakukan perjalanan rentas negeri di media sosial dan mendakwa menggunakan bantuan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi tip ‘lepas’ roadblock gelabah... borak grup WhatsApp bawa padah! – “Tak sangka ada sebar gambar saya dan famili”

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihaknya akan menyiasat kes tersebut, sebagaimana kes sama yang pernah berlaku sebelum ini.

"Seperti yang lepas apabila sebuah keluarga merakam selfie yang dia kata telah membohongi polis untuk bergerak keluar (rentas negeri) ke Kuala Lumpur.

"Jadi perkara sama mungkinlah. Ini isunya hampir sama. Jadi saya serahkan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya," ujarnya menerusi sidang media harian pada Jumaat.

Difahamkan, wanita tersebut dengan bangga berkongsi di media sosial bahawa dia melakukan perjalanan rentas negeri yang kini tidak dibenarkan sama sekali dengan mengunakan 'kabel' pihak atasan.

Menerusi posting wanita itu yang tular, dia memaklumkan sudah mempunyai surat kebenaran oleh ketua polis dari sebuah negeri di pantai timur.



Posting wanita itu yang kini tular.

Selain kenyataan penuh bangga itu, dia turut berkongsi paparan skrin fail PDF boranng berkenaan.

"So yang tak boleh balik kau diam. Stay at home. Jangan duk iri hati kat sisi. Suruh sis beraya dengan you al di kota raya," tulis wanita itu di InstaStory.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Pada April lalu, PDRM mengenalpasti ahli keluarga yang berkongsi tip menipu polis untuk pulang ke ibu negara.

"Kita lihat tular di media sosial, seorang ahli keluarga menunjukkan mereka sudah balik ke Kuala Lumpur dan beri tips kepada orang ramai macam mana nak tipu polis.

"Saya ingin beritahu, saya hendak beri ingatan... jangan berbangga apabila lakukan kesalahan dan pengaruhi orang lain untuk ikut mereka. Polis telah kenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain