suria

Tidak boleh bermalam di rumah yang diziarahi pada raya pertama - Ismail Sabri

Orang ramai tidak dibenarkan untuk bermalam di rumah yang dikunjungi pada hari raya pertama. Gambar hiasan/Foto utopiastaging.blogspot.my

KUNJUNGAN pada hari pertama Aidilftri tidak membenarkan pelawat untuk bermalam, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata, kerajaan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bahawa aktiviti ziarah-menziarahi pada setiap perayaan termasuk Hari Raya Aidilftri hanya dihadkan pada hari pertama sahaja.

"SOP adalah jelas iaitu perayaan dan sambutan adalah pada hari raya pertama sahaja.

"Katakan raya 24 haribulan (Mei), kalau dia tidur di situ pukul 12.01 tengah malam sudah jadi 25 haribulan dan dia nak beraya lagi besok tu, jadi salah dari segi SOP yang dikeluarkan," katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada seseorang itu dibenarkan bermalam di rumah yang dikunjunginya pada hari raya pertama.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, mereka yang bermalam pada hari pertama perayaan adalah salah dan tindakan boleh dikenakan.

"Lebih daripada itu dah jadi salah bagi peraturan yang dikeluarkan," tegasnya.

Terdahulu, kerajaan membenarkan aktiviti ziarah terhad kepada 20 orang pada hari pertama perayaan yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Kebenaran itu merupakan SOP bagi perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai dalam masa terdekat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

raya pertama, Aidilfiti, ziarah, bermalam,

Artikel Lain