suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi ‘jelly’, budak 4 tahun maut tercekik gula-gula

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula ‘jelly’ di rumahnya. Gambar hiasan

AJAL maut itu ketentuan Tuhan. Seorang kanak-kanak empat tahun maut tercekik gula-gula 'jelly'.

Mangsa meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Manikar dekat Labuan, pada Rabu malam (22 Mei).

Ketua Polis Labuan Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kanak-kanak itu didapati tidak sedarkan diri dan tidak memberikan sebarang tindak balas, setibanya di bahagian kecemasan Hospital Labuan kira-kira pukul 10 malam.

Katanya, menurut ibu kanak-kanak tersebut, mangsa telah meminta gula-gula dan beliau terus memasukkannya ke dalam mulutnya, sebelum ibu kanak-kanak itu perasan yang mangsa sukar untuk bernafas dan sesak nafas.

Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Labuan dan disahkan telah meninggal dunia, di hospital tersebut.

Muhamad Farid berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jelly, gula-gula, maut, tercekik,

Artikel Lain