suria

Seramai 30 ahli keluarga wanita hamil positif Covid-19 disaring, 20 negatif manakala 10 sedang tunggu keputusan

Wanita hamil 35 minggu disahkan positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan dari Ampang.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan terhadap 30 ahli keluarga wanita hamil yang disahkan positif Covid-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri ke Kelantan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut pihaknya mendapati 20 ahli keluarga yang melalui saringan dikesan negatif manakala 10 lagi masih menunggu keputusannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sarat mengandung dari zon merah balik ke Kelantan untuk bersalin disahkan positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: "Tindakan seorang boleh akibat bencana sekampung” - Ismail Sabri nasihat orang ramai jangan ambil kesempatan daripada kelonggaran

"Dari segi kontak rapat pula, kami akan lihat sama ada di tempat destinasi itu atau tempat asal di Ampang dengan menjalankan saringan," katanya pada sidang media harian pada Khamis.

Semalam, KKM mengesahkan bahawa wanita hamil 35 minggu disahkan positif Covid-19 selepas melakukan rutin pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak di Kuala Krai, Kelantan.

Difahamkan, pergerakan wanita itu bermula dari Ampang dan dia telah singgah unuk berbuka puasa di kediaman nenek belah suaminya di Machang.

Selepas itu, dia bergerak ke Kampung Mengkebang, kediaman ibu bapa suaminya sebelum menginap di rumah keluarga di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai.

Pada Selasa, dia membuat pemeriksaan kehamilan di sebuah klinik sebelum disahkan positif Covid-19. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, wanita hamil, Kelantan

Artikel Lain