suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang kes meningkat selepas Aidilfitri, Dr Noor Hisham ulangi nasihat patuh SOP walau ketika bersama keluarga

KKM risau peningkatan kes berlaku selepas raya.

KEBIMBANGAN utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada ketika ini tentunya kemungkinan berlaku peningkatan kes Covid-19 akibat sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kebimbangan itu berasas jika melihat kepada peningkatan kes di luar negara akibat musim perayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 78 kes baharu, satu lagi korban akibat Covid-19 dilaporkan

"Kebimbangan KKM ialah musim perayaan. Daripada pengalaman dan data-data luar negara, apabila ada musim perayaan dan mereka balik kampung, dalam dua minggu kita akan lihat kes meningkat mendadak.

"Harap bukan hanya tanggungjawab KKM dan kerajaan tetapi tanggungjawab kita bersama untuk patuh prosedur operasi standard (SOP).

"Pastikan kurang kunjung mengunjung atau elak sama sekali. Jaga jarak satu meter, kerap cuci tangan dan elak perhimpunan," ujarnya pada Jumaat.

Kata Dr Noor Hisham lagi, SOP wajib dipatuhi biarpun ketika bersama dengan ahli keluarga sendiri.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan dapat mencapai kes satu angka jika SOP menjadi keutamaan dan dipatuhi rakyat negara ini ketika musim perayaan.

Bercakap mengenai rancangannya pada hari raya pertama, Dr Noor Hisham berkata dia akan menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah.

Selepas itu, dia bercadang ke hospital untuk meraikan sambutan itu dengan petugas barisan hadapan.

Ujarnya, situasi itu juga tidak jauh beza dengan tahun-tahun sebelum ini.

Di akhir sidang media, Dr Noor Hisham turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya buat semua rakyat negara ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain