suria

Terkini 45 kes baharu Covid-19, kematian bertambah 1 lagi menjadikan total 107

Petugas kesihatan melakukan ujian swab ke atas orang awam untuk saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Rabu menyaksikan pertambahan 45 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,428 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,619 kes.

Menurut beliau, daripada 45 kes baharu, satu adalah kes import.

Beliau memberitahu, terdapat satu kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 107 kematian," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Mengulas lanjut mengenai kes Covid-19 setakat Rabu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 22 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, sembilan kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 135 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Rabu.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 4,702 kes," kata Dr Noor Hisham.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, kematian,

Artikel Lain